Saturday, July 19, 2008

Hakikat hidup.....

Dalam hidup ini,yang tersurat itu sudah ditentukan oleh-Nya.Kadangkala masih juga berlaku kebetulan-kebetulan yang langsung tak pernah kita sedari kehadirannya.Itu juga datang daripada-Nya.Kita hanya insan biasa yang amat kerdil di sisi-Nya dan apakah hak kita untuk mempersoalkan tentang sesuatu yang tersurat itu samada ia adalah suratan ataupun secara kebetulan.

Sesekali ada juga kita akan merasa sedih dengan apa yang telah terjadi pada hidup kita.Namun sedikit sebanyak itu semua memberikan kita pengajaran yang paling bermakna kerana belajar daripada mengalaman lebih bererti.

Memanglah pada mulanya segalanya terasa sukar.Dan adakalanya kita rasakan kita seperti sudah tidak mampu untuk berhadapan dengan segalanya.Kerana segalanya serba menyakit dan memedihkan.Aku tak nafikan,suatu waktu dulu aku sendiri juga pernah rebah.Namun masa merubah segalanya.Dan aku juga turut berubah seiring dengan perubahan masa.

No comments: